

Liputan Operasi: Kuala Lumpur dan Selangor
Contact No: 017-8484324
Emel Address: lensachemat@gmail.com
Personal Website: http://lensa-cm.blogspot.com/

Biodata Ringkas:
Rahmat Aziz atau lebih dikenali sebagai CheMat dikalangan rakan-rakan yg rapat, memulakan diri secara serius dalam bidang fotografi pada tahun 1999 selepas menyertai PAJ Academy of Photography. Bergerak secara aktif di sekitar daerah Johor Bahru, CheMat menjadikan Wedding Photography sebagai aliran utama kerjaya sambilan pada setiap hujung minggu. Pada peringkat awal sebagai wedding photographer, beliau banyak mengambil tempahan secara terus dari pengantin. Namun, setahun selepas itu beliau mula memberi pengkhususan dengan menerima tempahan hanya dari wedding house sekitar JB sahaja, terutamanya dari A.Z. Bridal House yg amat terkenal di Johor Bahru dan Singapura. Setelah berpindah ke Kuala Lumpur pada penghujung tahun 2005, beliau telah berehat terus dari wedding photografi dengan hanya menjadikan photografi sebagai aktiviti hobi masa lapang. Ibarat pepatah melayu yg mengatakan 'sireh pulang ke gagang', beliau tidak dapat menahan diri utk menjauhi wedding photography lebih lama dan lama kelamaan semakin condong untuk mendekati semula bidang tersebut akibat gesaan dan pengaruh rakan-rakan photographer di KL pula. Berbekal kecenderungan yg mendalam dan pengalaman luas mengabadikan hari bersejarah lebih dari seratus pasangan pengantin, beliau memutuskan untuk membuat comeback secara serius dalam wedding photography semula dan bertekad memberikan hasil yg terbaik kepada bakal-bakal pengantin di sekitar lembah kelang pula.

Liputan Operasi: Hubungi untuk maklumat lanjut
Contact No: 016-3845939/012-3602384
Emel Address: abdulrahim_gsr@yahoo.com
Personal Website: http://aimanstudiophotographer.blogspot.com/ | Flicker

Biodata Ringkas:
Abdul Rahim, juga dikenali sebagai Aiman mula bermain kamera DSLR sejak tahun 2008. Komitmen untuk berdaya maju dalam wedding photography dimulakan secara agresif dengan mengikuti sesi outing dan discussion dgn kawan kawan wedding photographer yg lain. Sepanjang tahun 2008/2009 Aiman mula aktif mengambil gambar-gambar majlis perkahwinan. Beliau kini menerima attachment bersama Iwana Andaman yang juga membekalkan pelbagai baju pengantin yg moden dan tradisional, make-up dan juga pelamin. Perkhidmatan Aiman meliputi berbagai bentuk pakej, story album dan sticky album bergantung kepada budget pelanggan. Sebagai nilai tambah, Aiman juga menyediakan set studio lighting untuk memenuhi keperluan pelanggan yg mempunyai sesi bertukar-tukar baju dalam majlis mereka. Sebagai photographer yg versatile, Aiman juga sanggup menerima tempahan di luar daerah (bergantung kepada jarak) dengan hanya sedikit penambahan utk kos petrol dan tol jika jaraknya terlalu jauh. Walaubagaimanapun, Aiman sentiasa terbuka utk rundingan.

Liputan Operasi: Hubungi untuk maklumat lanjut
Contact No: 017-213 5059
Emel Address: zuriyatzakaria@yahoo.com.my
Personal Website: http://maidreamsphoto.blogspot.com/ | Flicker

Biodata Ringkas:
Zuriyat Zakaria atau lebih mesra dipanggil Yat, bermula serius dalam bidang photography semenjak awal 2009. Pada pertengahan 2009, beliau mula berjinak-jinak dalam bidang wedding photography, yang dilakukan secara sambilan. Dari situ beliau mula giat menimba ilmu dan menambah pengalaman dengan meluaskan pembacaan, menerima tugasan photografi, mengikuti kelas photografi dan aktiviti photografi bersama rakan-rakan photographer yang lain. Lazimnya, Yat menjalankan tugasan secara sendirian sambil ditemani isteri (Maizura) yang juga merangkap sebagai pembantu dan photo editor kepada tugasan beliau dalam wedding photography. Beliau juga kerap berpasangan dengan Aiman dalam kebanyakan tugasan di majlis perkahwinan. Yat seorang photographer yg komited dalam tugasan yg di amanahkan dan sentiasa memberikan yg terbaik seiring dengan budget pelanggan.
Zuriyat Zakaria atau lebih mesra dipanggil Yat, bermula serius dalam bidang photography semenjak awal 2009. Pada pertengahan 2009, beliau mula berjinak-jinak dalam bidang wedding photography, yang dilakukan secara sambilan. Dari situ beliau mula giat menimba ilmu dan menambah pengalaman dengan meluaskan pembacaan, menerima tugasan photografi, mengikuti kelas photografi dan aktiviti photografi bersama rakan-rakan photographer yang lain. Lazimnya, Yat menjalankan tugasan secara sendirian sambil ditemani isteri (Maizura) yang juga merangkap sebagai pembantu dan photo editor kepada tugasan beliau dalam wedding photography. Beliau juga kerap berpasangan dengan Aiman dalam kebanyakan tugasan di majlis perkahwinan. Yat seorang photographer yg komited dalam tugasan yg di amanahkan dan sentiasa memberikan yg terbaik seiring dengan budget pelanggan.

Liputan Operasi: Hubungi untuk maklumat lanjut
Contact No: 012-27549171
Emel Address: ambhambali@gmail.com
Personal Website: http://ambhambali.blogspot.com/

Biodata Ringkas:
Hambali Kusni atau Amb mula bermanja-manja dengan kamera DSLR pada awal tahun 2009. Sebagai graphic designer di syarikat pengiklanan iaitu MNT integrated Network, beliau sentiasa dihidangkan dengan foto-foto yang yang menarik. Dari situ bertambah lagi keinginan untuk memiliki kamera sendiri. Selain mangambil gambar perkahwinan, beliau juga mengambil tempahan merekabentuk custom album untuk pasangan pengantin. Dengan kelebihan sebagai pereka dan fotografer, beliau cuba mengabungkan kedua-duanya untuk menghasilkan foto yang bernilai tinggi. Namun, sebagai pendatang baru beliau sentiasa belajar untuk mencapai matlamat beliau.

Liputan Operasi: Johor, Kuala Lumpur & Selangor
Contact No: 017-6610583 / 013-7029196
Emel Address: naz_omegan@yahoo.com
Personal Website: http://nhphotoworks.fotopages.com | Flicker

Biodata Ringkas:
Nama diberi Mohd. Nazrul b. Adnan atau lebih dikenali sebagai Naz. Beliau merupakan pelajar Universiti Teknologi Malaysia Skudai di dalam bidang Kejuruteraan Awam. Penglibatan dalam bidang akademik ini tidak menghalang Mohd. Nazrul untuk memberikan perkhidmatan yg terbaik dalam bidang fotografi. Secara rasminya, Nazrul memulakan perkhidmatan mengambil gambar perkahwinan pada pertengahan 2009 sehingga ke hari ini. Selain daripada gambar perkahwinan, Nazrul juga menyediakan perkhidmatan fotografi utk acara yg lain seperti jamuan hari jadi, konvokesyen, gambar berkumpulan dan sebagainya.

Liputan Operasi: Hubungi untuk maklumat lanjut
Contact No: 0126943007
Emel Address: lanbfm@yahoo.com
Personal Website: http://bulaneventphotography.blogspot.com/

Biodata Ringkas:
Hazlan Sarimon juga dikenali sebagai lanbfm dikalangan rakan-rakan photographer. Mula berjinak-jinak dalam arena photography pada tahun 2008. Disebabkan oleh minat yang mendalam pada bidang ini, lanbfm banyak menghabiskan masa untuk menimba ilmu dan pengalaman bersama rakan-rakan seperjuangan dengan menyertai aktiviti photografi setempat dan kelas-kelas tutorial yg dianjurkan. Berbekal keyakinan dengan ilmu yang telah ditimba, lanbfm mula mengorak langkah untuk menunjukkan bakat dengan memasuki bidang tersebut secara komersil pula disamping menjadi photographer sambilan dengan syarikat multimedia iaitu NusaMediahouse yang beribu pejabat di melaka.
